Previously i suker sgt tgk Kim ni..Cantik..Ala2 Nicole PCD gitu..Tup tup odw pi ofis pg td terdengar kat RadiO yg Kim ni dh failkan penceraian dia..Aper lah style artis hollywood ni..Kawen baru jer 72 har.  Tapi still x leh lawan rekod Roslin Hashim lah kan.
Perkahwinan dongeng berakhir. Itulah yang berlaku kepada bintang  televisyen realiti "Keeping Up With The Kardashians", Kim Kardashian  yang telah memfailkan perceraian daripada suaminya, Kris Humphries di  Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam selepas berkahwin selama 72 hari.
Dipetik daripada E! Online, Kim atau nama sebenarnya Kimberly Noel  Kardashian tidak menyatakan alasan sebenar perceraian tersebut berlaku  tetapi memberikan kenyataan untuk menjelaskan tindakannya itu.
"Selepas berfikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menamatkan perkahwinan saya.
"Saya berharap semua memahami kerana ia bukanlah satu keputusan yang  mudah. Saya meletakkan harapan agar perkahwinan ini akan kekal buat  selama-lamanya. Namun sesetengah perkara tidak terjadi seperti yang  dirancang. Kami akan kekal sebagai teman dan berharap masing-masing akan  berjaya," jelas Kim.
Bintang bola keranjang Kris turut memberikan kenyataan kepada E! News  menyatakan rasa kecewanya apabila mengetahui Kim telah memfailkan  perceraian.
"Saya cintakan isteri saya dan kecewa apabila mengetahui perkara  tersebut. Saya sangat komited dengan perkahwinan ini dan segala yang  berlaku. Saya sanggup melakukan apa sahaja supaya perkahwinan ini  berjaya," ujar  Kris yang masih lagi menyimpan harapan agar perceraian  ini tidak berlaku. 
Walaupun menghadapi masalah rumah tangga, ia sedikit pun tidak  mengganggu tumpuan Kim terhadap kerjayanya. Dia akan ke Australia untuk  mempromosi koleksi tas tangan di bawah jenama Kardashian Kollection  bersama adiknya, Khloe. Diikuti pula dengan penggambaran filem arahan  Tyler Perry, "The Marriage Counselor" yang akan dibuat di Atlanta. 
Kim, 31, dan Kris, 26, telah berkahwin dalam satu majlis resepsi mewah pada 20 Ogos 2011 selepas enam bulan bercinta.





 
 
No comments:
Post a Comment