Our Princess : Rania Eryna Bt Mohd Adzlan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 10, 2010

Tentang sayer and hubby sayer.

1) Siapakah diri anda di rumah?
Anak perempuan sulung dan juga cucu perempuan sulung 2 belah pihak.mak n ayah. anak pertama dri 6 org adik beradik.biler dtg mood masak, pagi sampai malam akan masak jer, request je apa sajer, sure aku masakkan,if dtg mood mengemas lak, satu hari akan mengemas n malas nk masak..hahahaha...suker bacer magazine compare ngn tgk tv, suker lipat baju compare ngn sidai baju, suker cari idea decor bilik..

2) Siapakah diri anda disamping rakan?
Happy selalu n suker ajak merayaw di shopping complex.suker ajak kawan2 jalan2 cari makan. Suker masak utk kawan2(time dok umah sewa kat s alam dulu ja) and suker bercerita ngn kawan2, tp selalu gak jd pendengar cerita kawan2 n cuba utk selesaikannya.
teringat gak dulu, ime x taw dh nk merayaw maner, suker ajak dayah n kak lyn jalan2 tgk umah besar n cantik..kononnya cari idea umah nnt..hahahaha

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1) Mahu kawen ngn encik boifren a.k.a en alan yg sgt macho n cool giler. Nk kawen secepat     mungkin..hahaha
2) Mahu kete idaman - mazda rx8, x pun honda city pon jadilah.
3) Mahu beli umah byk n wak sewa..
4) Mahu melancong/bercuti setiap bulan. hak3.. pokaila jawabnye..
5) Mahu dapat keje yang lagi elok dan gaji sesedap rase...teringin kijer
    PETRONAS SIME DARBY AND TV3 

4.Siapakah nama pasangan anda?
   Encik Mohd Adzlan Omar ku syg..

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
1) Sebab die tak terlalu kurus. ngeee~
2) Sebab die pandai ambik gambar sy
3) Sebab die tahan dengan kerenah sayer yg sumtime manje sgt, sumtime ngada2 sgt, sumtime gediks sgt,       sumtime cepat marah, macam sayer marahkan org yg lambat hantar mee rebus..hehe
4) Sebab die selalu sabar ngn sayer yg sumtime cakap cam dj radio..
5) Sebab die bleh bimbing sy dunia dan akhirat. insyaallah..

6.Bila tarikh anda couple?
   2 February 2007

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Hurm..x nk ingat ar. Walau tak best sekalipun akan dianggap best juge. Think positive.

8.Lagu tema cinta anda?
   Sempurna and Never be replace.

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Tak terfikir lagi nak suh berubah jadi ape. Ultramen maybe.. :p

Wednesday, June 9, 2010

Perkara yang dibincangkan semasa majlis pertunangan.

Majlis pertunangan bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan. Namun dalam majlis itu juga, kedua-dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk “bermesyuarat” tentang masa depan pertalian tersebut.

Namun mesyuarat dalam majlis pertunangan, bukanlah seperti mesyuarat di parlimen atau di pejabat. Ia selalunya diiringi dengan pantun, lawak jenaka dan makan-makan sireh (some time ader some time x der dah..cam tunang ka syida ari tu, lawak ja abah berpantun.. :P ). Senang kata, mesyuarat ini lebih santai dan tidak terlalu formal.

Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa..kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan.
Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai usul-usul yg berbangkit. Jadi, persoalannya..Apakah yang perlu kita bincangkan dalam mesyuarat ini?

 3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:

1. Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan
Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.) .So utk aku kami plan 19 nov 2010 sebagai tarikh kami utk diijabkabulkan..Insyaalah.

2. Jumlah hantaran yang dipersetujui
Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Disebabkan syai mengikut adat kelantan dan terengganu, so semua duit hantaran akan dibagi pada hari akad nikah. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.

3.Adat yang patut dituruti oleh pihak lelaki
perkara ini sometime ditanyer semasa majlis pertunangan, sometime x, kalau macam syai, segala adat perkahwinan nnt follow adat terengganu n kelantan..

Hantaran Sayer..

Memikirkan gaji yg belum dapat lagi, aku plan untuk buat sendiri gubahan hantaran dan mini pelamin utk bertunang nnt.

barang2 macam cincin tunang, baju melayu dan samping utk b dah ader..mujurlah en boifren yg sgt bermurah hati selalu menolong tuan puterinya membuat persiapan...pendek kata brg2 utk hantaran nnt semua dah ader..

8 jun 2010-monday, aku g semua house beli brg2 utk buat hiasan pada hantaran nnt..mak oii, mahai brg2..sumer brg2 pon dalam rm70 gak.aku dah beli bunga2 color pink n putih, riben,manik cristal utk buat yg juntai2 kat pelamin nnt, and sedikit polisterin utk buat sireh junjung..tp better compare upah org wak hantaran..if upah org satu dulang charge dia RM50-RM100.. Lagi mahai..huiii..a memberikan kepusan hati kepada diri sendiri..seronok dapat buat sendiri brg2 tunang n kawen..Terasa bersemangat ja memikirkan hari yang ditunggu akan menjelang tiba..

hope sabtu ni semua hantaran akan siap and mini pemamin pula akan dipasang sabtu mlm ni dibantu sedar mara yg lein..semua2 bahan2 jgk dh dikumpulkan..

thanks for mok su sponsor carpet putih bulu2 utk letak kat pelamin, kak long for bunga2 atas pelamin, kak sue n makcik for langsir..thanks all for support me..love u all..

Popia pisang bercoklat n cheese

thanks for kak nawal yg ajar syai buat popia pisang ni..syai suker sgt.benefit utk syai yg suker mkn pisang ni, so leh pelbagaikan menu pisang..time kak nawal ajar popia pisang ni syai kat alor star, nk pergi berbuka puasa umah en boifren..hehe bulan puasa 2009

Bahan :..
- Sebiji pisang sahaja - potong dadu
- cheddar cheese - potong dadu
- choclate cadbury yg kecil- potong dadu.
- kulit popia yg sedang sizanya

Cara-caranya : 
1) susun pisang cheese n choclate yg telah dipotong.
2) Gulung popia
3)Panaskan minyak n goreng..
4)Makan

Resepi : Pisang dan strawberi..sedappp.

sedapp..try la.. pic nnt buat lg upload la..

Bahan-bahan ( 20 inci )

  • 220g pisang
  • 150g yogurt perisa strawberi
  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 40cc minyak masak
  • 100g tepung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit butter

Cara-cara

  1. Naikkan suhu oven ke 200c
  2. Sapukan butter pada seluruh acuan tart
  3. Pukul telur dan gula sehingga kembang
  4. Masukkan minyak masak dan yogurt. Pukul sampai sebati
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Gaul sehingga sebati
  6. Kemudian masukkan separun ke dalam acuan
  7. Potong pisang setebal lebih kurang 5mm. Susun di atas acuan tadi
  8. Masukkan pula adunan yang selebihnya
  9. Bakar selama 25-30minit

checklist for my engagement 13 jun 2010..

1) Pilih tarikh/tempat/waktu : 13 jun 2010, umah nenek kb, 1200pm 2) Tentukan jumlah hantaran : baby to syg 7. syg to baby 5

List hantaran syai bg lan - cincin tunang (cincin permata biru, sgt cantik..i like.) sure cantik syg pakai nnt =)

- sireh junjung

- baju melayu n samping utk akad nikah nnt.

- buah epal merah n strawberry

- cupcakes 16 biji (theme love color pink merah n putih)

- bunga rampai

- pulut kuning (org kelate panggil pulut semangat)

List hantaran bertunang lan bagi syai

- Cincin tunang (ahkirnya jumpa jgk cincin syai nk ni, susah sgt cari cincin ni, thanks syg, belikan baby cincin ni - cincin by Tomei)

- sireh junjung

- kain lace putih utk kawen nnt (cantik sgt, thanks mama and syg carikan kain lace ni utk syai.

- buah

- choclate

3) Pilihan Tema hantaran – Pink Putih? 4) Pilihan Gubahan hantaran – Syai buat sendiri, bahan2 utk gubahan sume dh beli kat semua house. 5) Pilihan Warna pakaian – Pink putih 6) Tentukan jenis barang hantaran – Hubby to Sayang 5, Sayang to Hubby 7 7) Cincin tunang – ni paling penting – Dah beli (Tomei, Sunway Pyramid).. 8) Pilihan Pakej pertunangan – syai buat sendiri 9) Jurugambar- sendiri2..hehe, pihak syai adik syai sendiri - amir 10) Sediakan bajet jamuan makan kecil (catering/msk sendri) – nenek and sedara mara masak sendiri 11) Sediakan bajet majlis ( khemah, kerusi, meja ) – rasenye tak perlu, kecil2an sahaje kan sayang 12) Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – pihak baby abg ngah akan jadi jurucakap. 13) Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – 3 buah kereta. 10 - 15 org. 15) Perkara2 yang akan dibincang kedua keluarga pd hari pertunangan – ini org tua kita nye cerita..hehehe..kita ikut ja.. tp baby akan cari list perkara yg dibincangkan nnt.

Survey For Wedding Dress Design

Emm, this is my 1st notes..today 09 jun 2010, juz lepak2 kat umah tgk channel 703 and tetiber dtg idea nk survey wedding dress design yg aku nk buat unt wedding aku nnt...after pikir2. aku decide nk theme silver for my becoming wedding...aku nk pakai baju color silver utk akad nikah and dress putih utk bersanding...belah lelaki lah stil dlm perbincangan (padahal aku yg selalu soh lan ikut color aku nk pakai.) hehehe..sorry syg. Antara design yg menarik hati : Untuk upacara bersanding or potong cake.. suker sgt ngn baju2 yg dipakai maya karin time wedding dia..tp syg dia dh bercerai..huhu.. kagi satu suker ngn style tudung yg dipakai aida time dia bertunang..cantik sgt..