Berikut adalah ilmu-ilmu dan tips-tips yg I dapat dari mak cik2 i and kakak2 dekat opis yg ader pengalaman pregnant & pantang..masa kita mengandung ni, kita tak digalakkan:
- makan makanan yang tumbuhnya secara berakar n menjalar kat tanah.. Cthya seperti buah labu, pegaga dan yang sewaktu dengannya. Buah tembikai boleh yer.. Alasannyer, uri akan melekat (macam sifat akar yg melekat), dan menyusahkan proses bersalin especeli masa keluarkan uri.
- duduk atas kayu-kayu yang berakar @ akar kayu. Alasannya sama jugak seperti di atas.
- melawan cakap suami..sebab susah nak beranak ni.. (ni semua org pun tahu..)
- potong rambut pendek sgt sebab nanti susah nak ikat time berpantang. Time berpantang rambut kena ikat dengan kemas supaya angin meroyan tak masuk dalam kepala (tapi i dh terpotong rambut paras bahu after kawen hari tu..huhu..nyesal).
- Melilit kain tuala kat leher.(mummy and daddy)..Alasan sebab takut tali pusat nanti akan terbelit di baby.
- Jgn minum soya banyak sangat, sebab takut kulit baby akan jadik sensitif.
Untuk perkara yang digalakkan semasa mengandung pula:
- Digalakkan berurut badan semasa mengandung. Alasannya untuk menyegarkan badan dan membuang angin-angin dalam badan. Daku selalu berurut sebulan sekali.. Memang badan akan terasa segar lepas 1 jam berurut. Urut naik perut pun selalu ku buat, kemudian urut buah dada skali bagi memudahkan pelancaran air susu nanti.. Tetapi, proses mengurut ni hendaklah dibuat oleh bidan atau pakar yang berpengalaman. Tukang urut peribadi ku adalah Cik Nah yang tinggal Di Kampung Lubuk Katak, Tapah, Perak. Mmg best dier urut. Marbeles..Kalau kita berurut selalu, insya-allah, akan memudahkan proses bersalin. (dengan izin tuhan).
- Tips nak buat air selusuh... Tak payah susah-susah carik air selusuh. Kita pun leh buat sendiri. Tapi rambut kena panjanglah. Tu sebab rambut tak digalakkan potong time mengandung. Setiap hari Jumaat, bila mandi basahkan rambut dan di akhir bilasan, kita ambik secubit juraian rambut kita tu, then, baca selawat tiga kali, dan minum air / hisap air yang menitik dari hujung rambut kita tu. Niat dan doa dalam hati agar kita dipermudahkan masa proses bersalin nanti. Insya-allah...
- Minum air kelapa. Elok utk dapatkan kulit anak yang cantik. Tapi kalau awal-awal bulan, tak elok minum air kelapa.. ni dah 6 ke 9 bulan, eloklah.Yeyeyy next month dh boleh minum i kelapa..suker sgt ngn air kelapa ni
- Elok makan makanan yang beralkali tinggi. Cthnya sayur bayam (mmg tinggi alkalinyer), ulam-ulaman, buah-buahan.
- Makan kurma, makan kismis...sgt elok.
No comments:
Post a Comment