Our Princess : Rania Eryna Bt Mohd Adzlan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 28, 2011

~~~~ Peranan Seorang Isteri ~~~~

Pejam celik pejam celik..jab jer masa ber lalu kan..Raser baru lg kenal hubby..Fresh lagi memory 1st time jumpa dia..Emm...(mcm2 1st impression i) hahaha. Lawak tol..Tak lamer lg genap setahun kami kawen...Tak sabar nak celeb 1st anniversary ni..Siap ader ader dah maser 1st anniversary ni =) . Emm bermakna hampir setahun jgk lah i menjadi isteri kepada si gagah perkasa Mohd Adzlan Omar..(oh..gediknyer..plzzzzz...i mmg suker gediks2 ni) Hehehehe..Dalam hampir setahun kami tinggal sebumbung ni..Hope i sentiasa mengembirakan B...Even maser pregnant dulu jarang masak, kadang2 terlebih garang, sumtime b terpaksa iron baju sendiri..Cian lak..Now hope i boleh buat balik peranan isteri tu..Hope i boleh jd seorang isteri yg membahagiakan suami dan juga ibu yg terbaik..Ampun yer syg, segala salah dan silap dulu...

Just share Peranan Isteri..: Perinagatan utk diri sendiri, isteri2 diluar sana dan juga bakal isteri. Hope i boleh jadi lebih baik dari sebelum ni....

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya...(ingat tu syairiani)

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.(senyum senyum...)

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat....

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya. (teringat hari tu lambat buat air utk b semata2 nk siapkan kemas dapur..End up B buat air sendiri..Emm..tak patut tol)

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. (i nak kena belajar masak lagi ni...nak sgt hubby sebut jer nk makan aper, i boleh masakkan..ni B jer, sbb nk mkn aper, B masakkan ..terbalik lak)..

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. (baru terinagat Jeans b yg koyak tu tak jahit lg..malam ni lah jahit.hehe)

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.(Normally i iron jer baju coz b biasernyer tak letak aper sgt lam poket. Perfume pon lam kereta jer dia letak.)

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan
letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Rezeki oh rezeki.... Money money money (nyanyi lagu Price Tag)

Salam Hari Jumaat..
Assalamualaikum...

Masih mengharapkan rezeki yang lebih banyak daripada Allah. Bukan tak bersyukur ngn kurniaan pencipta bumi ini..Tapi tak salah sekiranya kita masih meminta rezekinya...

Ya Allah, murahkan lah rezekiku, suamiku, keluargaku, sahabat2ku dan semua ummat Nabi Muhammad.

Antara perkara yang seharusnya diamalkan ialah:
  1. Membaca surah Al-Ikhlas dan Ayat Seibu Dinnar serta Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat.
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
  4. Membaca Doa2 dibawah ini.

Untuk panduan semua, nak share sesamer .

1.DOA MURAH REZEKI..

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.


2) Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).


 
 
- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
(Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

3) Membaca SURAH AL-IKHLAS:
 
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".”
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

4) Ayat Seribu Dinnar

  وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

- Sabda Rasulullah SAW:” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.


Amin...Semoga menjadi pandua kepada diri i sendiri dan juga sesiapa yg membacer coretan ini.
 =)




Thursday, October 27, 2011

Countdown..22 days - ♥ Our 1st Anniversary ♥

Emm....mood sweet2 lak biler B pon dh perasan lam td yg kitorang nyer 1st anniversary tak sampai sebulan jer lg..

Emm B siap ajak apply cuti lg that day..Hehehehe...

Tapi on 20th day B ader tresure hunt..May be postpone sehari dua lah...

Its ok..B still ingat pon i dh happy happy... Emm..mcm2 dah lam kepala ni..

Wait and see ya..♥♥♥♥♥

Tetiber baru nk upload pic kawen (time bertandang, nk apload pic akad nikah..tp x der lak lam lappy ofis ni) kan..Hahahaha...


Thanks Kakak and Alip for being our bridesmaids..Hehehe

Tebalnyer make up

Tangan dok camni jer


i suker pic ni..sbb npk bulu mater.hahaha



Ecece...

Ambik kesempatan..haha




I pantang nampak udang..Ngee



my love siblings
Nenek Trg..Muachhh
Aunty and uncle sedih nk tinggalkan i..i lak happy jer.Hehehe

Don worry lah..

See, at the back, my hubby sendiri jd photographer..Lalalaa
End

Tuesday, October 25, 2011

Tersedu !!!

HUERKK!!
HUERKK!!
Tetiber tersedu2 kat ofis ni..Dah lah ramai lak org jumpa i hari ni..huhu

Dulu maser i kecik2 lagi, arwah mak penah cakap kalau tersedu-sedu ni tandanya nak tinggi lagi. Haaa… yang ni i suka. Dapat naikkan tinggi i lebih daripada 156cm memang cun sangat dah sebab kalau nak jadi model kena minimum 170cm. erk.. takdelah nak jadi model pun. Cuma i suka ketinggian tu.. B pon tinggi..boleh balance siket.haha

CHECk IT ouT!

TERSEDU NI APE HAH????
Ok...tengok gambar kat bawah ni dulu.


Merujuk kepada gambar ni..gambar ni menunjukkan DIAFRAM
dalam badan kita iaitu otot2 yang berbentuk kubah yang
terletak di dasar dada.Mostly of time,diafram ni work
efficiently...xdek masalah.

Apabila kite tarik nafas(tengok Inhalation) diafram korang
tertarik ke bawah so that dapat membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru.

Tyme korang menghembuskan nafas plak(tengok exhalation).diafram akan menolak udara keluar dari paru-paru2

cuba tarik dan hembus nafas jap sambil imagine camne dia kerja kat dalam badan korang..hekhekhek -----

Tetapi.....

ada masa nya..diafram korang menjadi terganggu..AND apabila benda ni terjadi..ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.Kesan nya, korang telan udara ke dalam kerongkong secara mengejut..yelah..time tu korang konon nya nak suruh sedu tu berhenti.tapi makin jadi plak sedunye..apabila udara yang berebut2 nak masuk tu melanggar kotak korda suara korang..maka tercipta lah bunyi2 bunyian..
HERKK!!?HERKK!!HERKK!! heheheheeee(teringat kat si Eryna jgk..dia pon selalu tersedu)

PUNCA TERSEDU

Antara punca tersedu menurut kajian:
  • Menelan terlalu banyak udara(manelah tau ternganga jek)hehe
  • MAKAN secara LAHAP..ikut lah sunnah nabi..sekali makan kunyah sampai lebih 40 kali atau sampai lumat.Baru proses penghadaman senang berlaku dan udara keluar masuk pun tak terganggu.
  • Berasa bimbang atau excited...kalau korang excited sampai bernafas pun dah xtentu...hehehe..relax lah
  • MEROKOK
  • MENGambil ALKOHOL secara berlebihan
  •  
  • Tapi i ni tetiber jer tersedu..cam ner ni?


CAMNE NAK ILANGKAN SEDU NEH???

okeyh..camni cara nya..jangan bimbang
ape yang i selalu amalkan dan ternyata berkesan..

- tarik nafas slowly..and tahan nafas dalam agak2 masa 3-10 saat..sambil selawat ke atas nabi muhammad s.a.w. ..lepas tu terus minum air suam.. (ni i nah try..ok..maser bulan puasa pon ok amalkan..just jgn minum air lak yer..karang batal lak puasa)

- ataupun gantikan air dengan satu sudu teh gula/madu (org cakap, tapi i tak nah try lg).

insyaAllah..berkesan..

tapi andai kata sedu korang masih berterusan..xmau nak berhenti..adalah dinasihatkan dengan serius nya pegi jumpa DOKTOR...hehe

Kalau baby yg tersedu? 

Eryna selalu tersedu lepas setengah jam minum susu..or after dia overactive.

Petua orang Melayu untuk menghilangkan sedu pada bayi – basahkan secebis kertas dan tampalkan pada dahi bayi (i selalu buat camni..ok jer pastu..)

=END=



✿•♥ Wajah Wajah Kesayangan Hamba ♥•✿

♥ Myhubby MyTeddy ♥ + ♥ Omel omel Eryna ♥

Emm..x der yg 1st, x der yg 2nd..dua2 i syg samer byk.., Muachhhh..
Tapi sumtime i need to choose either Eryna will be 1st or hubby will be 1st.. Ye lah, dua dua nk manja2 serentak kan..Cam berpakat jer kan. Hahahaha... Jawab nyer peluk dua dua lah..

♥ i love both of you so muchhhhhh ♥

Eryna dah ubah jam tido dia =)

From newborm sampai lah 2 bulan..Eryna asyik terjager jer mlm2..1 jam setengah or setiap 2 jam, sure Eryna bgn nk susu..Dah masuk 2 bulan ni, Dah makin teratur jadual tido dia..From setiap 2 jam time mlm ke 4 jam...now dh tido 6 jam, baru terjager balik/

Kalau dia tido pukul 8, pukul 3 am lak baru bgn utk susu..Sumtime tertido balik sambil minum susu..Tapi i mmg tak kan biarkan dia tido selagi dia tak burp. Takot lah tersedak susu time tido...Tak per lah, mummy ngantuk2 pon still gosok2 belakang Eryna bg burp..

Tapi kalau dia dh terjager pukul 11pm..Mmg sampai subuh lah dia tido..Kol 6 baru ngn balik..Kuat tido anak mummy ni..Good girl. Better for brain develop.

So far, cam ner pon dia bgn and tido..area 5.45am ke pukul 6am sure dia bgn..Now tak nah miss lagi..Mummy and daddy pon dh belajar bgn awal..hehe..Kalau x der eryna dulu..6.45 baru kami bgn..Huhuhuh..Untung ader Eryna ni, awal bgn solat subuh =)

Eryna dh tak nak buat mulut camni..huhu..mummy wendu sgt nk tgk...

Monday, October 24, 2011

Checklist ~ Semangat supaya Tak resign.. Resign @ Tak Resign

Dulu sorang, pasatu berdua, nOw bertiga..Alhamdulillah, kami semua sihat.. 

Mcm nk resign  , x der mood langsung kerja skrg. Mcm nk jer jager Eryn sendiri..Nak full BF dia..Cian dia kecil2 dh menumpang rumah or..Biler terfikir camni... (Kecil lagi anak mummy, dh menumpang kasih dan perhatian orang yg tak dikenali..mcm nk nangis jer everytime fikir cam ni..Mmg i tak boleh lah hantar dia rumah baby sitter tiap pg..Huhuhu..Then terfikir lagi, elok ker org jager dia, elokkan kak ita (nama baby sitter Eryn) mandikan dia, Elokker kak ita susukan dia, nangis tak Eryn kat rumah baby sitter and ader tak org layan Eryn berjager mcm mummy and daddy main2 and sembang2 ngn Eryn, Even Eryn tak boleh bercakap lagi, i trust dia faham aper i cakap..sbb dia sure respond..) 
 
Mcm nk resign biler byk makan hati ngn boss, and byk benda yg unfair kat ofis..Bosan nyer kat ofis ni skrg...
Malas dh nk citer pasai ofis ni..Fed up!!!!!

Mcm nk resign sbb nk set up and focus business sendiri supaya byk maser utk family... Tapi modal tak cukup...Nak sgt buka cafe....Hope 1 day, i akan ader cafe sendiri..Tempat utk B and kawan2 melepak =p. 

Please jgn Resign !!!! 

 1. Gaji berdua ngn B skrg cukup2 jer.. Kalau resign nnt tak cukup duit nk mewah2, Cian B nnt kerja sorang jer..

Ok, jangan resign bcoz :  Checklist Checklist

- nak handbag LV..nak designer handbag sebulan 1.hahaha
- Nak sediakan baby i bilik baby yg canggih and full safety
- Nk hadiahkan B  Ford Focus and Audi 4 with driver or Superbike, kononnyer
- Nak travel every month
- Nak bungalow yg lengkap ngn cctv (pantau maid jager anak2 i and tgk kalau ader pencuri)...
- Nak maid sorang satu pantau anak2 i nnt
- Nak designer shoe and watch
- Nak buat masjid duit sendiri atas nama arwah mak nnt..

Mcm2 yg i nak tak dapat lagi ni, so please jgn resign Syairiani..Emm..im in my way to transfer to other department... I dont like PSD..

Bla bla bla bla..

Blog i dh boleh comment !!!

Pelik before ni ni tak boleh comment kat blog i...Huhuhu..

Now dh okay =)

Ruper setting salah..Tapi i tak nah lak set cam tu before ni..

Bye.. lapar =(

Friday, October 21, 2011

i wish.....

1) LV Sistina GM RM 7+++.. Pasai aper lah mata ni nk yg mahal sgt ni..Emm..ni dh boleh buat bayar umah 6 bulan dh ni.. (Suker gilerrrrrrrrrr)
2.) LV Trevi GM RM 7+++
3.) LV Neverfull MM RM 3+++
Cantik2 kan...Hahahah..Biler lah boleh dapat ni..Tunngu i jadi successful businessman dulu ar..Tak pon B naik pangkat..Hehehe

Rania Eryna dah 2 bulan

Semalam Eryn dh kena cucuk utk 2 months..Tak nangis pon..Doc siap cakap "Good Girl"..Kembang jab mummy..Tapi sampai jer umah dia nangis jer..Then tido pon sat lena sat jager..Tak selesa and sakit kot..Cian lak.. Hari ni mcm panas siket badan dia..So, mummy pi ofis sejam jer then balik teringat Eryn..Huhuhu..Sik baik boss ok. bg balik.

Semalam Doc suggest ambik optional vaccine, pneumococcal vaccine..Vaccine for pneumonia. But nx week lah coz nk kena inject lagi..Cian Eryn asyik nak kena inject jer..huhu..Tapi this is to protect you mybaby.. Kalau kena pneumonia lagi bahaya.Effect lung, ears and brain..Ader tertgk kat FB semalam anak kawan daddy kena pneumonia..Mahal jgk vaccine ni..RM 25O per injection..Ader 4 injection semuanya yg kena ambik utk prevent Pneumonia ni..Doc cakap better inject maser 2, 4, 6 and 12 bulan..Tak per lah..mahal siket..Asalkan Eryn sihat kan...

Muachhh...cayang anak mummy