Our Princess : Rania Eryna Bt Mohd Adzlan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 9, 2010

Perkara yang dibincangkan semasa majlis pertunangan.

Majlis pertunangan bukanlah sekadar mengikat pertalian antara seorang perempuan dan lelaki yang akan dinikahkan. Namun dalam majlis itu juga, kedua-dua belah pihak boleh mengambil peluang untuk “bermesyuarat” tentang masa depan pertalian tersebut.

Namun mesyuarat dalam majlis pertunangan, bukanlah seperti mesyuarat di parlimen atau di pejabat. Ia selalunya diiringi dengan pantun, lawak jenaka dan makan-makan sireh (some time ader some time x der dah..cam tunang ka syida ari tu, lawak ja abah berpantun.. :P ). Senang kata, mesyuarat ini lebih santai dan tidak terlalu formal.

Biasanya, majlis akan dimulakan dengan pihak lelaki & perempuan akan memperkenalkan diri masing-masing dan ahli keluarga yg datang. Kemudian disusuli pula dengan penyataan daripada pihak lelaki mengenai tujuan kedatangan mereka. Haa..kat sini lah biasanya sesi pantun-memantun memantun hangat diadakan.
Kemudian, barulah masuk part yg serius sikit iaitu mesyuarat/perbincangan mengenai usul-usul yg berbangkit. Jadi, persoalannya..Apakah yang perlu kita bincangkan dalam mesyuarat ini?

 3 perkara penting yang mesti dikemukakan dalam majlis ini ialah:

1. Tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan
Biasanya tarikh yang ditetapkan adalah tarikh jangkaan. Sesetengah orang juga menetapkan satu jangkamasa seperti (dalam tempoh 6 bulan selepas pertunangan dsb.) .So utk aku kami plan 19 nov 2010 sebagai tarikh kami utk diijabkabulkan..Insyaalah.

2. Jumlah hantaran yang dipersetujui
Sesetengah keluarga / adat negeri menghendaki wang hantaran dibayar separuh semasa pertunangan. Manakala separuh lagi dibayar sewaktu pernikahan. Disebabkan syai mengikut adat kelantan dan terengganu, so semua duit hantaran akan dibagi pada hari akad nikah. Ada orang yang turut menyatakan cara pembayaran dilakukan. Cara yang selamat ialah duit hantaran tersebut di bank-in terus ke akaun atau bawa cek sahaja. Jangan sesekali meletakkan cash atas dulang hantaran. Sangat merbahaya. Banyak kes kecurian telah berlaku semasa majlis-majlis seperti ini.

3.Adat yang patut dituruti oleh pihak lelaki
perkara ini sometime ditanyer semasa majlis pertunangan, sometime x, kalau macam syai, segala adat perkahwinan nnt follow adat terengganu n kelantan..

2 comments:

asma Pak Wahab said...

syai..buat 18 nov la..time ko sambut anniversary wedding t,smbut same besday aku..hehehe...sweet and sexy syai.!!!hehe

triesya said...

hahahaha..ader2 jer nut..