Lately ni always thinking regarding deliver process..Cam takot pon ader..excited pon ader..But 2 hari ni kaki sakit nak jalan, especially pagi2 ..huhu..Sabar jelah kan..Ni lah org kater pengorbanan ibu kan..Skrg perut pon raser baerat. Yer lah baby dah 1.5kg..ngn water bag lagi..Berat dah naik 13 kg sinsce 7 months and 2 weeks pregnent =) Dah sgt tembam...MIL cakap better maintain cam ni.ish gemuk sgt ni..Hope after deliver nnt nak maintain 45 lah..hehe..Sure ader jean and kebaya yang x leh muat dah.x per x per..
ok, since i always thinking regarding delivery time..Here's are the info:
Ketika berada dalam proses bersalin, tubuh menghasilkan hormon pitokin.  Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh  kehilangan air. Jika anda mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu  kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum  tiba masanya untuk bersalin. Jadi, anda perlu minum dalam jumlah yang  mencukupi bagi mengelakkan false alarm berlaku.
Langkah bijak  yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di  atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi  kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi  berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda  mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.
Anda juga perlu  mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi.  Catatkan bila  ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda  mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian  makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak  kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.
Dalam proses  kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas  abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami  sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak  tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.
Tanda-tanda false alarm:
1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.
Tanda awal kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening)
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana:
-Symphisis pubis mengembang.
-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
-Bahagian bawah rahim mengembang.
Keadaan  sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang  bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga  pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya  lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga  pelvik.
Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali  bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik.  Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang.  Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut,  kelengkang dan paha.
2. Kekerapan membuang air kecil (skrg pon always raser nak buang air, kalau mlm2 sure ngn semata mata nak buang air kan)
Keadaan  ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing.  Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang  banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap  mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing”  dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut  dan longgar.
3. Penarikan pangkal rahim
Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.
Tanda sebenar kelahiran
1. Kontraksi
Proses  ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada  saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika  ini anda akan berasa tidak selesa.
Perlu diingat, keadaan ini  berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda  alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke  hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai  apabila saat kelahiran semakin tiba.
Proses ini adalah tanda yang  paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada  bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga  ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan
2. Sakit belakang
Keadaan  ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika  dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk.  Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.
3. Pendarahan
Kebiasaannya  lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum  proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir  tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal  rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.
4. Pecah ketuban
Mungkin  dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam  tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di  mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami  pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi  mempercepatkan proses kelahiran.
Namun begitu, bagi yang  berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun  sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran  ataupun  sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan  bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.
5. Pembukaan pintu rahim  
Dalam  proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa.  Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi.  Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat  dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan  tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat  diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.
p/s : Doakan baby i kuar on time yer..hehe..Kalau dulu hope baby kuar after rayer..Biar over due pon, sbb i nak mkn sepuas2 nyer makanan bazaar ramadhan and raya nnt..But now dah tak larat nk jalan and bawa perut..Hope baby kuar on time lah.hehe..Doakan semuanya selamat.Amin


 
 
No comments:
Post a Comment