Our Princess : Rania Eryna Bt Mohd Adzlan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 18, 2011

Nasihat sesiapa nak bersalin di HTAR

Hati- Hati dgn Doktor..!..Doktor pun manusia..hehe
Beritahulah kpd saudara mara,rakan dan sahabat handai yang berada di sekitar KLANG atau yang berniat untuk ke Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG bagi tujuan bersalin.
Di Hospital TAR bahagian ibu bersalin:

Doktor muda yang membuat pemeriksaan BE (jalan) di bahagian kemasukan wad bersalin tidak membenarkan pesakitnya menutup kain semasa baring supaya lebih kelihatan berbogel dan sambil menyeluk akan melihat muka pesakit (terutama) yang muda mengandungkan anak sulung) dalam keadaan tersenyum.

BE yang dilakukan juga agak lama sambil 2 jari meninjau ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan seluruh bahagian di dalam alat perempuan sehinggakan ibu yang belum terasa sakit nak bersalin terpaksa menahan daripada geli dan Nama doktor ini adalah Doktor Akbar Di dalam 'Labour Room' tirai yang sepatutnya ditarik supaya pesakit tidak nampak sesama sendiri dan doktor atau nurse yang lalu- lalang kat dalam bilik itu boleh terpandang pesakit dalam keadaan terkangkang tidak ditarik. Isteri-isteri anda diperlakukan seperti tidak ada maruah dan tak ubah seperti pelacur jalanan. Hospital ini juga suka melakukan pembedahan walaupun tanpa kebenaran.

Jika isteri anda terpilih sebagai 'subject' untuk operation maka penipuan akan dilakukan seperti dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur air. Bila isteri anda sudah tidak sedar, apa-apa saja boleh dibuat. Anda cuma akan diberitahu 'perlu operation' walaupun anda tidak setuju dan tidak menandatangani apa-apa tapi operation tetap akan dalam masa 24 jam tentu isteri anda tidak mampu operation perlu kerana nanti 'anak' anda akan lemas' Doktor-doktor di sini juga suka menyeluk ibu yang susah bersalin dengan tangan mereka bagi tujuan menarik kepala bayi. Penggunaan alat- alat seperti alat besi untuk membesarkan 'jalan' tidak digunakan kerana cerewet dan malas. Doktor yang menyeluk pula mesti yang bertugas pada hari itu, kalau 4 orang doktor maka 4 orang yang akan
mencuba 'try & error' seperti repair enjin kereta.


Ibu yang telah dioperate dan telah sedar DIBOGELKAN kemudian DITUKARKAN baju oleh pembantu hospital LELAKI (tidak ada pembantu perempuan ke untuk buat kerja ini atau ramai lelaki pondan kat situ atau lelaki gila seks?)

Hospital ini adalah Kampus Cawangan UM, sudah tentu ibu-ibu yang bersalin adalah 'subjcet' bahan kajian untuk doktor-doktor pelatih yang muda-muda.
Tolong forwardkan e-mail saya ini kepada semua umat Islam diMalaysia ini. Jika ingin bersalin, cubalah pergi ke hospital swasta dan tentukan anda mendapat doktor perempuan jika boleh, jika tidak pastikan doktor lelaki yang anda dapat itu adalah seorang doktor yang amanah dan boleh dipercayai sambil si suami boleh masuk ke mana sahaja isteri anda masuk.

Mahkota isteri hanyalah untuk suami, jangan biarkan doktor lelaki memeriksa isteri tanpa si suami berada di sebelah. Pergi ke hospital swasta bukan sebab 'high class' tapi korbankan duit anda kerana ISLAM dan maruah. Duit boleh dicari tapi agama dan maruah bagaimana?

Kesimpulanku. .
p.s:- Saya tak pasti kesahihan cerita ini sebab repost dari org.. tapi mmg selalu dengar kes cam ni.. kat hospital kerajaan biasanya kenapa tak bagi suami lihat isteri bersalin?.. sbb nak jadi kanwanita tu eksperimen? memang kepala haram doktor celaka yang buat ambil kesempatan atas wanita bersalin tak berdaya..kita kena beringat..

wanita muslim maruahnya berharga dan tidak ternilai..jika sesiapa yang ada isteri mengandung.. hati2 lah pada para doktor jahat yang celaka itu.. isteri kita bukan mainan dan isteri kita bukan bahan eksperimen..

artikel ini sgt bagus dan buat kita berhati-hati. ..sedih pun ada juga baca artikel ini..cumanya kesahihan itu kita kena pastikan lagi..hantar je isteri bersalin kat klinik dan hospital yang berunsur Islam mcam hospital ABIM kat Kampung Baru ke?

INFO FROM : SINI

5 comments:

The Medical Duo said...

Salam alaik...

I am currently attached at labor room HTAR for O&G rotation... I don't know what to say but as far as I am concerned, I don't think its true la kak.

miss nina said...

salam..saya pelajar doktor dr um..sepanjang saya berada di HTAR.. kami student tak dibenarkn pon untuk melakukan ape2 prosedur ..kami hanya dibenarkan untuk observe sahaja..and untuk makluman..kt hospital kerajaan.. selagi boleh mereka mahu elakkn pembedahan.. pembedahan memerlukan kos yg lebih tinggi dan mengambil mase yg lebih lame..bertentangan dgn hospital swasta dimana mereka lebih prefer memilih operation..supaya dapat bayaran yg lebih tinggi.. mengenai alat alatan besi yg tidak digunakan..buknlah kerana malas..tetapi skil ini memerlukan kepakaran yg tinggi..jika salah digunakn boleh mnyebbkn pendarahan otak kpd bayi...ibu juga akan mengalami kekoyakan yg teruk di bhgn kemaluan
..mengenai 4 org doc yg melakukn pemeriksaan...sebenrnye menurut protokol.. 4 jam sekali doktor akan melakukn VE..dan ketika hmpir bersalin sejam sekali..jika keempat empat doc melakukn VE pada mase yg same mungkin mereka mahu belajar..selalunye mereka meminta keizinan dr pesakit dahulu sebelum melakukannya.. hospital kerajaan sememangnya adalah tmpt untuk doktor2 yg baru melakukn latihan tetapi di bawah pengawasan doktor yg lebih berpengalaman..doc tidak dilahirkan terus pandai nk buat VE..doc juga manusia biasa..perlu latihan...practice make perfect kn?.. tp sume ni hnya boleh dilakukn jika mendapat kebenaran pesakit.. mengenai doc "akbar".. saya tak sure..yg saya tahu sepatutnya doc lelaki yg mahu memeriksa pesakit wanita perlu ditemani oleh staff wanita yg lain samaada nurse atau doktor wanita yang lain atau pelajar doktor wanita..

Anonymous said...

Allamdullillah, saya bersetuju sanagt dengan cadangan untuk bersalin dihospital swasta.... Alhamdullillah murahlah rezeki doktor-doktor swasta. BMW, Mercedes Benz,Audi etc bersusun di pintu masuk hospital swasta... Malangnya bagi doktor-doktor di hospital kerajaan yang beniat murni untuk merawat pesakit yang kurang berkemampuan dengan kemuudahan yang kurang mencukupi dan kekakangan tugas, niat murni mereka bukan sahaja tidak dihargai oleh pesakit dan pihak hospital malahan dicerca dan di hina.
Bagi mereka yang merasakan mendapatkan rawatan dihospital kerajaan suatu penghinaan pada mereka, silalah ke hospital swasta. Lebih ramai gologan seperti ini mengharamkan kaki mereka menjejak ke hospital kerajaan adalah satu nikmat yang besar bagi bukan sahaja doktor-doktor dan kakitangan hospital kerajaan malahan kepada pesakit-pesakit yang lain. Masa dan sumber yang ada boleh dimanafaatkan dengan sebaiknya untuk mereka-mereka yang percaya dengan kepakaran dan dedikasi kakitangan hospital kerajaan. Bagi kakitangan-kakitangan hospital kerajaan bukan wang ringgit dan kereta mewah atau pujian yang diharapkan hanya ucapan terima kasih yang ikhlas dari pesakit yang akan memberikan semanagat kepada mereka untuk menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dalam keadaan yang serba kekurangan.

zulkhairi said...

apa lh dia ni... fitnah tak sudah

Anonymous said...

Htar kat klang.. Apsal twist cerita kat um pula? Hmm. Sis, xpasti jgn kongsi sis.. Nnti jd fitnah. Alhamdulillah, stkt ni ok2 aje sy bersalin 3 org anak di htar.